Ilustrasi
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab
baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah
S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan
anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga
anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
Ilustrasi
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah
S.A.W.”Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Ilustrasi
19. Apabila semalaman (ibu)
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum
susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu
pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Ilustrasi
27. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Ilustrasi
36. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit
akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memijit suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
Kekuatan Doa
Ilustrasi
Dalam kitab Fiqhus Sirah karya Syekh Muhammad al-Ghazali, Imam Muslim
meriwayatkan bahwa sewaktu Perang Badar, Rasulullah SAW berdoa di dalam
kemah. Rasulullah berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri seraya
menengadahkan kedua telapak tangannya ke langit memohon supaya diberi
kekuatan untuk mengalahkan musuh.
Di antara doa yang beliau ucapkan adalah: ”Ya Allah, kalau pasukan kaum
Muslimin ini sampai binasa, maka Engkau tidak akan disembah lagi oleh
manusia di muka bumi ini.” Kemudian beliau memperkeras suaranya, ”Ya
Allah, tunaikanlah janji yang telah Engkau berikan kepadaku, ya Allah
pertolongan-Mu ya Allah!”
Beliau mengangkat kedua belah tangannya sedemikian tinggi hingga
burdahnya jatuh dari pundaknya tanpa disadarinya, sehingga Abu Bakar
menyampirkan kembali burdah itu di atas pundak beliau seraya berkata
dengan perasaan haru, ”Ya Rasulallah, kurangilah kesedihan Anda dalam
berdoa kepada Allah! Allah pasti akan memenuhi janji yang telah
diberikan kepada Anda!”
Di tengah begitu banyaknya musibah dan bencana yang menerpa dan mendera
bangsa Indonesia saat ini, baik itu berupa krisis ekonomi, politik,
hukum, dan moral, serta bencana alam berupa banjir, kebakaran hutan,
kemarau panjang, pertumpahan darah di banyak wilayah negeri ini, serta
musibah-musibah lainnya, kisah di atas selayaknya dapat memberikan
pelajaran kepada kita.
Doa itu senjata dan kekuatan orang beriman (HR Al-Hakim dari Ali bin Abi
Thalib). Ibnu Qayyim mengatakan, ”Jika perisai doamu lebih kuat dari
musibah maka ini akan menolaknya, tetapi jika musibah lebih kuat dari
perisai doamu, maka ia akan menimpamu, namun doa itu sedikitnya tetap
akan mengurangi efeknya. Dan jika perisai doamu seimbang dengan kekuatan
musibah, maka keduanya akan bertarung.”
Tak ada gunanya waspada menghadapi takdir, namun doa bermanfaat
menghadapi takdir sebelum dan sesudah ia turun dan sesungguhnya ketika
musibah itu ditakdirkan turun dari langit maka ia akan segera disambut
oleh doa di bumi lalu keduanya bertarung sampai hari kiamat (HR Ahmad,
al-Hakim dan Thabarani).
Ilustrasi
Begitulah kekuatan doa, ketika segala daya dan upaya telah kita lakukan
untuk mengatasi berbagai macam persoalan kehidupan, maka sudah
selayaknya kita tetap berdoa kepada Allah SWT. Ketika seorang sahabat
Rasulullah selalu langsung meninggalkan masjid setelah selesai shalat
tanpa berdoa, Nabi pun menegurnya dengan pertanyaan, ”Apakah kamu sama
sekali tidak mempunyai kebutuhan kepada Allah?” Sahabat itu pun
terperanjat dan mulai memahami arti doa, maka setelah itu ia pun rajin
berdoa kepada Allah. ”Bahkan,” katanya di kemudian hari, ”garam pun
kuminta kepada Allah SWT.”
Nah, marilah kita berdoa, sebagaimana yang diperintahkan di dalam
firman-Nya, ”Dan Tuhanmu berkata, ‘berdoalah kepada-Ku niscaya akan
Kupenuhi permintaanmu’.” (QS Al Ghafir ayat 60)